Pertandingan Memasak Unit Beruniform

Syarat-syarat Pertandingan Memasak Unit Beruniform
TARIKH : 18/4/2018
MASA : 12.00 pagi - 1.30 petang
1. Masakan mestilah halal
2. Setiap unit beruniform menghantar 1 masakan
3. Sediakan menu yang telah ditetapkan iaitu :-
i) Masakan makanan tengahari
ii) Masakan hendaklah cukup untuk semua ahli dan guru unit uniform
4. Persembahan menghidang untuk 2 orang.
5. Kesemua bahan-bahan dan alatan memasak serta menghidang disediakan sendiri oleh unit beruniform.
6. Keseluruhan masa memasak & menghidang adalan 1 jam 30 minit (12.00 tengahari - 1.30 petang)
7.  Semua masakan termasuk menyediakan bahan hiasan hendaklah disediakan dalam masa
pertandingan.
8. Persiapan awal yang dibenarkan adalah membersih, mengupas, memotong, mengisar, memerap, merendam, menggubah bunga meja, melipat napkin.
i. persiapan meja untuk masakan akan disediakan ( I unit sahaja ).
ii. Pihak sekolah akan menyediakan dapur masak gas (1 unit ).
iii. Penggunaan dapur ketuhar mikro oven elektrik dan arang tidak dibenarkan.
iv. Peserta diwajibkan memakai pakaian unit beruniform. Apron dan topi digalakkan.
9. Hakim terdiri daripada semua Guru Penolong Kanan. Penghakiman dibuat berasaskan:-

i) Kerjasama – 15 markah
ii)Kebersihan – 10 markah
iii)Kreativiti – 20 markah
iv)Persembahan – 15 markah
v)Rasa – 40 markah
10. Sebarang perubahan tertakluk kepada pihak penganjur.




























0 Response to "Pertandingan Memasak Unit Beruniform"

Post a Comment